Thursday, July 23, 2009

HIDUP KITA

HIDUP KITA CUMA DI DALAM TIGA HARI :
1. Semalam – sudah menjadi sejarah
2. Hari ini – Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok – Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS :
1. Nafas turun
2. Nafas naik

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dlm menggunakannya.
Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana itu mungkin nafas yg terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh utk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah SWT
2. Hidup dalam kemurkaan Allah SWT

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DUA TEMPAT :
1. Kekal di dalam SYURGA
2. Kekal di dalam NERAKA





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 21, 2009

PERJALANAN

Perjalanan ini memerlukan bekalan yang secukupnya
untuk berdepan dengan hari depan terutama apabila
bertemu dengan Allah S.W.T .....


Maka dengarlah nasihatku ini......

BERBEKALLAH DAN SEBAIK2 BEKALAN IALAH TAKWA

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, May 11, 2009

itulah kekasihku

KEKASIHKU

Nak share tentang KEKASIH aku ? ( aku type huruf besar tu sebab aku terlampausangat sayang kat DIA ) Penyayang sifatnya. Betul ni, tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolongsajalah pada DIA, sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA à direct!!! Yang bestnya tu, bilaaku dah ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan? Ish, beruntung betul dapat kekasih macam ni… tak pernah nak sakitkan hatiaku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul– betul rasa DIA tu dekat kat hati ini! Ye laa, cinta punya pasal kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku. Sebab, kalauaku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam lah aku dapat. Tak kiralah, material ke… spiritual ke… emm memang kekasih sejati lah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada kat dalam tu, siap bagi example lagi nak bagi aku faham. Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller lah masa tu. Ye laa, cintabagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je. Tapi, kekasih aku yang ni,lain, DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frusttu. Siap bagi semangat lagi, DIA tak de jeolus pun. Cuma aku je yang jeolus nganDIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usahabetul-betul Kata orang putih.. what you give, you get back…so, kalau aku usaha lebih sikit,aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect. Tu yangkadang-kadang aku tengah-tengah malam… area pukul 3 – 4 pagi tu pun, kalau akuterjaga, sure aku akan contact DIA. Rindulah!!! Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya… billionaire… millionaire… dan ntah apa-apa nairelagi.. Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support…caya tak? Free of charge… tapi aku tak sedap hati la.. mestilah kena hargai apayang DIA bagi tu kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke, tak suka ke,amik aje la… pastu pandai-pandailah membalas budi. Itu yang buat aku sanggupberkorban apa sahaja… cheewah! DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh, kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab,KEKASIH aku ini memang bijak+cerdik+genius+ etc… DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambahsayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm… aku sebenarnya belum pernah jumpa DIAlagipun, belum bersedia la… tapi KEKASIH aku ni dah janji, suatu hari nantimesti jumpa. Sekarang menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takut!Aku mesti prepare awal-awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yangDIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang lakat aku kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab DIA dah janji, sapa-sapa yangdia sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!!! Ish!Rindu sangat-sangat dah ni!!!!!!! KEKASIHKU… AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI…. WALAU NYAWADIGALANG GANTIKAN, MENGGADAIKAN CINTA SUCI INI, TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAKPERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA…… ITULAH KEKASIHKU… ALLAH S.W.T … CINTA TERAGUNGKU…

No comments:

Post a Comment