Tuesday, January 5, 2010

Kepulangan Yang Mendebarkan

Salam Perjuangan......

Tinggal 1 bulan 2 hari lagi,saya akan pulang ke tanah air setelah setahun 2 bulan berada di bumi Anbiya` ini dalam mempelajari ilmu bahasa arab.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar Markaz Nil yang banyak mendidik saya tentang apa itu bahasa arab iaitu Ashaabul Fadhilah Al Ustaz Mahmud Said,Ustaz Muhammad Abdul Khaliq,Ustaz Mahmud Fathi,Ustaz Abdul Hakim dan Ustaz Thoriq.

Saya juga seperti sahabat2 yang lain,bermacam2 perasaan bermain di fikiran ini.Ada seronok,ada sedih dan ada rasa berdebar.Seronok kerana dapat bertemu kembali keluarga tercinta dan sahabat2 yang dirindui dan yang paling seronok ialah dapat belajar kembali dengan Dato` Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus.Sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi mesir yang penuh dengan keberkatan dan sahabat2 yang baru diri ini mengenali mereka.Di sinilah saya mengenali erti sebuah persahabatan yang sebenarnya terutama apabila berada dalam persatuan KPT dan PMRAM.Terima kasih kepada PMRAM dan KPT.

Rasa berdebar apabila akan berdepan dengan masyarakat kampung terutama dengan rakan2 yang sebaya dengan diri ini...lebih berat lagi apabila di beritahu oleh akhi Ustaz Tuan Fauzi bahawa saya akan dilantik sabagai ketua PEMUDA PAS cawangan chendering raja megantikan akhi Ustaz Wan Mizan yang berada di Yaman kerana melanjutkan pelajaran.Adakah saya perlu menerima pelantikan ini?Terima kasih selagi kepada sahabat2 yang sentiasa mendoakn diri ini.....Jasa kamu takkan ku lupai.....SEKIAN



Yang Mengharapkan Keampunan...
Mohd Nafizul Ismail
Atas tempat tidur
Jam 9.35 malam
5/1/2010

No comments:

Post a Comment