Friday, January 8, 2010

Amanah yang semakin besar......

Assalamualaikum kepada sidang pembaca sekalian,selamat bertemu kembali dalam ruangan coretan harianku...
Sejak dua menjak ini kita dihebohkan oleh berita tentang penggunaan kalimah `ALLAH` dalam akhbar mingguan golongan kristian.Masing-masing mempunyai pendapat tentang boleh atau tidak golongan ini menggunakan ini,dan ana tidak mahu mengulas isu ini kerana telah diulas panjang oleh Dato` Seri Tuan Guru Presiden dalam blog peribadinya cuma ana ingin memohon kepada sidang pembaca sekalian untuk memberi nasihat kepada diri ana yang dhoif ini.

Malam tadi ana menerima satu mesej dari pemangku ketua pemuda PAS cawangan chendering Raja(Us Tuan Fauzi)tentang keputusan mesyuarat pemuda cawangan untuk membeli dan sebidang tanah depan rumah seorang ajk pemuda cawangan dengan harga rm100 ribu bagi tujuan membina sebuah pusat tarbiyah qaryah(PTQ).Tahniah kepada ajk pemuda.

Cuma yang semakin mendebarkan hati ini ialah apabila ana diberikan taklifan oleh pimpinan untuk ditugaskan sebagai mudir pusat tarbiyah itu nanti.Satu amanah yang amat berat untuk dipikul.Ana harap kepada sesiapa yang membaca blog yang dhoif ini silalh berikan nasihat dan dorongan....PERLUKAH ANA MENYAHUT SERUAN INI?????

No comments:

Post a Comment